Kehidupan peribadi Safura_Yaacob

Safura adalah seorang ibu tunggal ketika mula menceburi bidang seni, kemudian beliau berkahwin dengan penyanyi utama Kumpulan Kool, Hairie Yaacob pada 1998 dan dikurniakan anak keduanya. Pada tahun 2001 keduanya berpisah dan membawa haluan sendiri. Pada tahun 2006, Safura bernikah dengan pelakon Sahronizam Noor dan menerusi perkahwinan ini beliau dikurniakan dua orang anak (seorang daripadanya meninggal dunia selepas beberapa hari dilahirkan).[3]

Safura terkenal sebagai seorang artis yang lantang bersuara. Beliau pernah menyaman penyanyi dangdut Ifa Raziah pada tahun 1998 kerana didakwa memfitnahnya sebagai punca penyanyi dangdut itu terkena buatan orang. Kes tersebut selesai selepas lapan tahun.

Safura mula membuat penampilan bertudung litup pada tahun 2008 ketika muncul dalam drama terbitan pelakon komedi Sheila Rusly.